Kerana Cemburu II

Friday, August 7, 2009

Zahra duduk di luar rumah sambil memandang anaknya, Zarul Irfan yang kini berusia 4 tahun. Anaknya kini menjadi penyeri hidupnya selepas bercerai dengan Zafrul Imran. Sambil memerhatikan anaknya bermain bola, dia teringat kata-kata ibunya.

“Zah, kenapa kau tak rujuk balik dengan Imran? Ibu tengok dia dah banyak berubah, lagipun sampai sekarang dia tak kawin lain, dia pernah cakap dengan ibu dia akan tunggu zah terima dia...”

“Ibu, kan zah cakap, zah tak nak bincang pasal dia...”

“Tapi zah kena fikir tentang Irfan, walaupun sekarang dia tak faham tapi tak lama lagi dia pasti bertanya kenapa ayahnya datang hanya pada hujung minggu...”

Kata-kata itulah yang membuatkan zahrah berfikir. Memang sudah 4 tahun mereka bercerai tetapi Imran tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang ayah. Pernah sekali Imran tidak menjenguk Irfan kerana ‘outstation’ dan Irfan mula bertanya kenapa papanya tidak datang seperti biasa. Dia akui Imran banyak berubah tapi zahra masih takut, masih terbayang-bayangkan sikap panas baran dan cemburu Imran. Setiap kali Imran datang pada hujung minggu menjenguk Irfan, setiap kali itu juga zahra mengelak. Zahra tidak mahu langsung bercakap pada Imran, dia mengurungkan diri di bilik jika Imran datang melawat Irfan.

Empat tahun kehidupannya menjadi ibu tunggal tetapi dia masih bersyukur kerana ibunya selalu menyokong mereka dua beranak. Walaupun ayahnya sudah meninggal dua tahun yang lalu zahra tak pernah menganggap ini nasib malangnya, kerana dia tahu dugaan tetap dugaan. Lagipula zahra kini sudah bekerja di syarikat lamanya yang kebetulan memerlukan pengurus akauntan yang baru. Bukan tidak perah Imran memberikan nafkah tetapi zahrah menolaknya kerana dia tidak mahu terlalu bergantung pada Imran. Zahra cuma berharap agar Imran menjenguk Irfan dan melayan anaknya kerana dia tidak mahu Irfan tidak berbapa. Dia tak pernah pun berfikir akan masa depan tetapi kerana kata-kata ibunya dia mula runsing tetapi dia tidak menjadikan itu masalah utamanya.

Sedang dia memerhatikan Irfan, dia terdengar kereta Imran memasuki halaman rumah keluarganya. Dia tidak sedar pada jam beginilah Imran datang menjenguk Irfan. Seperti biasa Irfan menyambutnya dengan gembira dan berlari mendapatkan papanya. Zahrah cepat-cepat memasuki rumah.

“Ibu, tolong tengok-tengokkan Irfan ya, Zahrah naik atas dulu...”, kata zahra, Pn Murni hanya memerhatikan anaknya menaiki tangga sambil menggelengkan kepalanya. Dia tahu benar sikap anak perempuan sulungnya.

“Imran...”, Pn Murni memanggil Imran yang mendukung Irfan.

“Ya bu...”

“Masuklah dulu, bawa Irfan, ibu buatkan air ni...”

“Ibu, zahra apa khabar?”, tanya Imran setelah duduk bersama Irfan dan pn murni di ruang tamu.

“Dia baik je Im, Im macam mana? Ibu tengok kau dah makin kurus...”

“Im baik je bu, tak adalah kurus, mungkin sebab Im sibuk sebab tu jadi macam ni...”

“Ibu, pernah Ibu tanya zahra pasal Im? Dia masih tak dapat terima Im ka?”, kata Imran lagi selepas meneguk nescafe yang dibuat pn murni.

“Ibu dah pujuk dia, terpulanglah pada Zahra, Ibu minta maaf sebab anak sulung ibu tu degil..”

“Tak apa lah, dia degil pun sebab Im...”

“Minumlah, ibu nak tengok masakan kejap, kalau boleh Imran makan malam di sini ya...”

Imran tidak menjawab, kalau boleh dia memang mahu makan bersama keluarga bekas mertuanya malah jika dijemput untuk bermalam pun dia mahu kerana dia belum pernah tidur bersama anaknya tapi dia tahu pasti zahra tak suka.

“Papa, bila papa nak bawa ifan jalan-jalan?”, Tanya irfan sambil memaut tangan Imran. Irfan dah petah berkata-kata walaupun baru berumur 4 tahun lagipula hanya tinggal beberpa bulan lagi Irfan genap 5 tahun. Wajahnya saling tak tumpah sepertinya cuma matanya sahaja sedikit seperti zahra, ya memang dia silap, suatu masa dulu dia tidak percaya itu anaknya dan dia menyesal hingga sekarang kerana berkata seperti itu.

“Anak papa nak jalan-jalan ke mana?”, kata Imran lalu mendukung anaknya dan meletakkan di pahanya.

“Ifan nak pegi tengok imau...”, Imran tertawa kecil mendengar anaknya menyebut perkataan harimau jadi imau. Dia rasa senang hati sebab Irfan benar-benar sayang padanya.

“Nak gi tengok imau? Takutlah papa, Ifan tak takut?”, Imran sengaja melepaskan suaranya seperti kanak-kanak.

“Tak, imau tak kacau ifan, dia kacau papa je sebab tu papa takutkan...”, kata irfan dia tergelak apabila Imran mencuit pinggang dan badan Irfan. Dari jauh mereka diperhatikan oleh sepasang anak mata, zahra memandang mereka di balik tangga. Dia rasa begitu terharu akan perubahan Imran tapi hatinya belum terbuka untuk menerima Imran. Dia akui dia masih mencintai lelaki itu, tetapi hatinya keras kerana kedegilannya.

Selepas sejam Imran melayan anaknya, dia akhirnya meminta izin pulang, Irfan tahu rutin ayahnya, dia hanya melambai sambil didukung oleh Pn Murni apabila Imran juga melambai. Pn Murni tidak dapat memujuk Imran untuk makan malam bersama, dia juga faham akan penderitaan hati menantu dan anaknya. Imran berlalu meninggalkan rumah keluarga zahra menuju ke rumah keluarganya. Sejak merek bercerai, Imran tidak lagi tinggal di rumah putihnya dua tingkat kerana kenangan pahit pasti menghantuinya.

Pagi itu, selepas bersiap-siap, Zahra meminta izin beredar untuk pergi ke pejabat. Pn Murnilah menjadi peneman anaknya. Adik-adik zahra, angah dan achik jarang ada di rumah kerana masing-masing dengan kehidupan. Angah yang kini berumur 24 tahun sudah bekerja di sebuah syarikat Perkapalan, keinginannya untuk menjadi juruterbang tercapai juga. Achik masih lagi melanjutkan pelajarannya dalam bidang kedoktoran. Masih ada 2 tahun lagi untuk bergelar doktor gigi. Hanya pada cuti mereka sahaja barulah mereka balik dan selalunya Irfan pasti gembira jumpa pak su dan pak ngahnya.

“Zahra, awak dah siapkan laporan kewangan projek baru tu ke?”, tanya Aqila. Zahra yang sedang ligat menaip sesuatu di komputernya memandang aqila di depannya. Aqila merupakan setiausaha Dato’ kassim pengarah mereka.

“Ada sikit lagi, kenapa?”

“Saya nak lah, dato’ nak hari ini juga, kalau awak tak siapkan, pembentangan projek pun tak siaplah.”, kata aqila, yang berumur 25 tahun, dua tahun lebih muda dari zahra.

“Ada sikit lagi ni, mungkin dalam 30 minit lagi siap lah, nanti siap saya bagi awak ok?”

“Jangan lebih dari itu tau, awak yang cakap...”, kata aqila, dia tersenyum lalu beralih ke mejanya.

Sedang dia menyemak laporannya, tiba-tiba En. Izat datang ke mejanya. En. Izat adalah penolong pengarah syarikat. Sudah lama dia menyimpan perasaan pada Zahra dari sebelum dia berkahwin lagi, sekarang selepas bercerai dia masih mengharapkan jika zahra menerimanya. Tetapi zahrah selalu mengelak darinya terutamanya apabila Izat bertanya soal hati dan perasaan.

“Zahra, tengahari nanti kita makan sama, boleh? Saya harap awak tak menolak, sudah tiga kali saya ajak tapi awak selalu menolak...”, tanya Izat, zahra tidak memandang lelaki di depan mejanya.

“Kenapa saya? Aisah kan selalu ajak awak makan, nanti dia kecil hati pula, awak ajak saya.” Sengaja zahra menyebut nama aisah kerana selama ini aisah selalu menemaninya. Dia tahu aisah ada hati dengan Izat tetapi Izat tidak mahu menerimanya kerana zahra.

“Zahra, please lah...saya Cuma nak tahu kenapa awak selalu mengelak saya dan saya juga mahukan kepastian...”, Zahrah mendongak memandang Izat kemudian dia mengangguk.

“Awak setuju?”

“Ya tapi saya tak nak lama sangat...”

“Terima kasih, nanti tengahari kita turun sama-sama k...”, Izat berlalu dengan senyuman di bibir, zahrah mengeluh seperti berhadapan dengan masalah besar, kali ini dia tidak dapat mengelak, dia juga perlu menerangkan perkara sebenar. Selepas menyemak laporannya dia menyerahkan fail laporan pada Aqila.

Tengahari itu, dia berjalan beriringan dengan Izat di sebuah restoran berdekatan. Mereka memesan makanan dan mula berbual soal kerja dan kehidupan, sehinggalah melibatkan soal hati. Semasa mereka sedang makan, ada seseorang memerhatikan mereka, sudah semestinya Imran, dia juga kebetulan berada di restoran tersebut bersama pelabur tetap syarikat ayahnya. Mujur zahrah tidak sedar akan keberadaan Imran jika tidak pasti dia mengelak untuk makan di restoran tersebut.

“Zahra, are you ok? Kenapa tak jawab soalan saya?”, rupanya zahra mengelamun sebentar.

“I’m ok, sorry saya tak dengar soalan awak...”

“Saya tanya kenapa susah sangat awak nak terima saya? Saya tunggu awak lama.”

“Izat, kan saya dah cakap jangan libatkan perbualan kita dengan hati, saya tak suka...”

“Tapi saya nakkan penjelasan sekurang-kurangnya beritahu saya kenapa?”

“Saya tak boleh terima awak sebab Irfan...”

“Irfan?”, soal Izat kehairanan.

“Anak saya, dia selalu jumpa ayahnya, kalau saya terima awak sekalipun, dia belum tentu terima awak lagipun anak saya dah biasa dengan ayahnya.”

“Jadi awak?”

“Izat, saya tahu awak ikhlas nak berkawan dengan saya tapi saya tak boleh terima awak lebih dari itu sebab...”

“Sebab apa?”

“Sebab...saya masih cintakan bekas suami saya, lagipula hati saya belum terbuka untuk terima sesiapa lagi dalam hidup saya, malah suami saya sendiri masih merayu agar kembali pada dia.”

“Jadi selama ini awak tak pernah lupakan dia?”

“Ya saya tak pernah lupa dia dan selalu berdoa agar hati saya lembut untuk dia sebab dia ayah pada anak saya.”

“Kalau macam itu, saya terpaksa mengalah...”

“Izat, saya tak bermaksud menyakitkan hati awak, awak memang baik, tapi saya minta maaf tak dapat terima awak, saya berdoa agar awak menemui seorang wanita yang lebih baik dari saya..”

“Bukan salah awak, tak apa, tapi kita masih kawan kan...”, kata Izat memandang zahra dengan penuh harapan. Zahra hanya mengangguk lalu menghabiskan jus oren yang dipesannya.

Malam itu, zahra memikirkan kata-katanya sendiri. Benarkah dia masih mengharapkan lelaki bernama Imran? Benarkah hatinya mahu berdoa untuk akhirnya dapat menerima Imran? Dia memandang Irfan yang sudah lama dibuai mimpi, dia berhenti menepuk-nepuk punggung Irfan bila dia pasti irfan tidur nyenyak. Dia menutup lampu dan melelapkan matanya.

Hujung minggu itu Imran datang lagi ke rumahnya. Kali ini Imran tidak berseorangan. Dato’ mansur dan Datin Kamariah datang sekali. Mereka begitu merindui cucu lelaki mereka. Oleh kerana bekas mertuanya datang, kali ini zahra tidak dapat mengelak untuk bertembung dengannya. Walaupun mereka bercerai tetapi hubungan antara dia dan mertuanya baik, malah Pn kamariah dan dato’ mansur masih menganggapnya menantu mereka.

“Cucu nenek dah besar rupanya, tengok bang makin lincah dia berlari.” Kata Pn kamariah sebaik turun dari kereta. Irfan yang berlari ke arah pn murni mendukungnya.

“Apa khabar kamariah?”, kata Pn Murni menyambut mereka sambil bersalaman, pn murni tidak lagi kekok memanggil ibu Imran kamariah kerana kemahuan datin kamariah sendiri.

“Baik, murni apa khabar, cucu nenek juga apa khabar?”, kata datin kamariah lalu mendukung Irfan.

“Kami semua sihat, kamariah, dato’ masuklah.”

“Yelah, dah lama tak datang jenguk Irfan, hampir empat bulan, makin lincah pula cucu atuk ni.”, kata Dato’ Mansur sambil merebahkan diri di sofa. Dia memandang gambar arwah Zahid, kawan baiknya, ayah Zahra, gambarnya masih tergantung di dinding.

“Imran duduklah dulu, ibu ke dapur kejap buat air...”, beberapa minit kemudian pn murni membawa dulang berisi air minuman.

“Murni awak ni susah-susah je...”, kata datin kamariah sambil memandang irfan yang masih tidak bersuara.

“Tak apalah kamariah, bukan selalu, jemputlah minum, dato’, Imran minum...”, kata Pn murni lalu meletakkan dulang yang kosong di bawah meja.

“Mana Zahra?”, kata dato’ mansur selepas meneguk air.

“Ada dekat atas, tengah cari fail lama, dia terbawa balik fail pejabatnya.”

“Nek, Atuk...”, kata Irfan tiba-tiba bersuara, dia menunjuk ke arah datin kamariah dan kemudian ke arah dato’ mansur. Mereka tertawa melihat gelagat cucu pertama mereka. Imran juga tersenyum melihat kenakalan Irfan.

“Cucu atuk nakal tak? Kalau nakal atuk tak bagi mainan.” Dato’ Mansur pula mendukung Irfan, dia memberikan bakul yang berisi kereta sederhana besar sesuai untuk Irfan.

“Tak, time kasi tuk..”, kata Irfan lalu dia membawa keretanya ke tengah ruang tamu. Msemua mata memerhatikan Irfan yang bermain kereta.

“Murni, kami sebenarnya nak makan di rumah ni, dah lama kita tak makan sama, saya ada beli beberapa bahan untuk dimasak...”

“Eloklah tu, saya pun ada terfikir macam tu, sekali-sekala, kita makan sama seronok juga...”, kata Murni lalu dia dan datin membawa bahan tersebut ke dapur. Zahra yang menuruni tangga terus ke dapur.

“Mak apa khabar?” zahra bersalaman dengan ibu mertuanya sambil memeluknya.

“Baik, dah lama mak tak jumpa zahra, makin jelita pula mak tengok...”

“Mak ni, ada-ada je, mak dan ibu masak apa?”

“Masak untuk makan malam nanti, zahra pergilah ke depan, tak payah susah tolong ibu dan mak...”, kata pn murni pula. Zahrah melangkah ke sofa di mana ayah Imran duduk sambil memandang ke arah Irfan.

“Ayah, apa khabar?”, dato’ mansur sedikit terkejut dengan kedatangan menantunya lalu dia menyambut tangan zahra.

“Baik, zahra apa khabar?”

“Sihat, ayah belikan mainan lagi ke tuk irfan?”, tanya zahra memerhatikan irfan. Imran dari tadi mengharapkan zahra bercakap dengannya tetapi dia akur kalau zahra tidak mahu langsung memandangnya.

“Ya, seronok ayah tengok irfan ni, dapat mainan je main, macam tulah Imran kecil dulu, Irfan dan Imran ni memang nampak serupa.”, kata dato’ mansur tersenyum, mereka terdiam sebentar sambil memerhatikan irfan.

“Atuk...mainlah ngan ifan...”, kata irfan memanggil atuknya. Dato’ mansur berjalan ke arah Irfan. Zahra memerhatikan mereka berdua, Imran masih belum disapanya, dia seperti menyedari Irfan sengaja memanggil atuknya, dia tersenyum sendiri, mana mungkin anakku tau tentang kami, katanya dalam hati.

“Zah, boleh kita bercakap?”, akhirnya Imran bersuara.

“Cakap apa?”, kata zahra tidak memandangnya.

“Kita cakap di luar boleh?”, kata Imran. Zahra tidak mengiya, tidak juga menidak, dia terus berlalu meninggalkan Imran, dia mengambil tempat di mana dia selalu duduk apabila irfan bermain bola.

“Zah, dah empat tahun berlalu, zah masih tak dapat maafkan abang?”, kata Imran memandang zahra kemudian dia duduk berhadapannya. Zahra yang tunduk memandang Imran kemudian mengalih pandangan ke arah lain.

“Zah, abang merayu pada zah, tolong terima abang balik, abang tahu zah masih sayangkan abang kan...”

“Tak, zah dah tak ada hati pada abang...”, kata zahra berbohong.

“Zah, abang betul-betul menyesal, abang memang patut dihukum tapi tak cukup ka 4 tahun kita berpisah?”

“Abang, zah tak nak cakap pasal ni lagi boleh tak?”

“Kenapa? Zah dah ada orang lain? Abang nampak zah makan dengan lelaki lain, abang tahu abang dah tak ada hak pada zah tapi...”

“Tapi apa? Sebab abang cemburu? Mungkin 4 tahun tu tak cukup lagi untuk abang sedarkan, zah pun terseksa 4 tahun bang, zah memang tunggu abang berubah, tapi nampaknya hati zah betul, zah belum dapat terima abang...”, kata zahra berlalu tetapi Imran sempat menarik tangan zahra.

“Zah, maafkan abang, abang tak sepatutnya ungkit perkara lama..”

“Dah lah bang, zahra nak masuk...”, kata zahra lalu menarik tangannya minta dilepaskan, Imran melepaskan tangan zahra.

Zahra mendapatkan mak dan ibunya di dapur, Irfan masih lagi bermain dengan dato’ mansur. Imran mula memikir panjang bagaimana untuk dia menghilangkan rasa cemburunya. Kemudian dia teringat akan seorang kawan lamanya yang juga seorang ustaz, mungkin jalan terakhir adalah dia meminta kaunseling darinya. Malam itu mereka semua makan bersama. Lauk yang dimasak pun agak banyak. Sekali sekala mereka berbual-bual akan soal kerja dan perkara lain. Sesekali Imran memandang ke arah zahra tetapi zahra buat tak tahu. Selepas makan mereka berehat sebentar sebelum balik. Sempat juga Imran menidurkan irfan, mungkin keletihan bermain, Irfan cepat terlena. Saat dia melihat Irfan, zahra terfikir akan kata-kata Datin kamariah sebentar tadi.

“Zah, mak minta maaf kalau masuk campur akan hal zah, tapi ini permintaan dari mak, kalau boleh, janganlah zah terus macam ni, mak tahu betapa zah terseksa tapi mak juga tahu zah perlukan seseorang untuk sama-sama membesarkan, sekurang-kurangnya fikirkan tentang Irfan..”

Kata-kata itu memang sama dengan ibunya. Adakah semua orang menyalahkannya kerana meminta cerai dari Imran? Dia takut jika dia menerima Imran, peristiwa lalu akan berulang. Dia berasa sebak tapi apa kan daya, hanya Tuhan saja yang tahu hatinya.

Kemudian perlahan-lahan dia membentangkan sejadahnya selepas dia mengambil air sembahyang. Dia berdoa kepada agar pintu hatinya terbuka, agar dia diberikan kekuatan dan kesabaran, agar cintanya untuk Imran masih ada.

Petang itu dia menerima panggilan dari Imran yang mengajaknya berjumpa di pantai. Zahra pada mulanya menolak tetapi kerana Imran merayu dia pergi juga.

“Kenapa abang bawa jumpa zah di sini, bukankah abang benci lihat pantai?”, kata Zahra selepas masing-masing mendiamkan diri hampir sepuluh minit.

“Abang nak mula sekali lagi itupun kalau zah bagi abang peluang...”, kata Imran, zahra sedikit pelik dengan sikap Imran.

“Kenapa dengan abang ni?”

“Abang dah jumpa kawan abang yang ustaz tu, dia banyak bagi abang nasihat dan dorongan, abang banyak minta kaunseling dari dia.”

“Jadi apa kaitan dengan zah?”

“Sebab zahlah abang nak berubah, abang nak kita keluar selalu dan bercinta seperti baru kenal...”

“Tapi...”

“Zah, abang masih sayangkan zah, tolonglah bagi abang peluang...”

“Zah takut bang, takut kalau abang berubah lagi...”

“Sebab itu abang perlukan zah agar abang berubah, zah tegur abang jika abang buat salah, abang janji tak akan meninggikan suara pada zah lagi...”, zah tidak terus menjawab. Hanya keluhan yang kedengaran darinya. Dia memandang pantai yang luas terbentang. Imran hanya memerhatikannya.

“Baiklah, zah bagi peluang...”, kata zahra selepas mendiamkan diri agak lama. Dia berdoa agar tindakannya memberikan Imran peluang kedua adalah betul.

“Betul zah? Terima kasih zah...”, baru beberapa minit mereka keluar, telefon zah berbunyi minta diangkat. Zahrah sedikit menjauh lalu menjawab telefon. Imran hanya memandang dengan penuh tanda tanya.

“Siapa telefon zah, lelaki ke perempuan?”

“Belum seminit zah bagi peluang abang dah tanya zah bukan-bukan, kata nak berubah...”

“Ok..ok sori...”

“Mak yang telefon, dia kata susu Irfan dah habis, dia suruh beli...”

“Oh...”

“Kan baik abang tanya dulu dan dengar penjelasan zah...”

“Ya abang salah, lain kali kita bawa Irfan keluar sekali...”

Agak lama juga mereka berbual-bual. Zahra perasan perubahan Imran, adakah ini bermaksud dia mula menyenangi Imran? Adakah pintu hatinya untuk Imran mula terbuka? Apa pun Zahra bersyukur kerana memang saat ini ditunggu olehnya.

Hujung minggu selalunya Imran datang ke rumah zahra menjenguk Irfan. Kali ini Imran mengajak zahra keluar bersama Irfan. Mulanya Imran mahu menjemput mereka dari rumah tapi zahra berkeras mahu memandu saja ke tempat yang dimaksudkan. Irfan begitu seronok bila dapat keluar lebih-lebih lagi bila dia tahu papanya ikut sekali.

“Zahra, betul ke kau nak keluar ni, ibu rasa tak sedap hati pula...”, kata pn murni mengiringi zahra sambil mendukung Irfan.

“Ibu ni, kami keluar kejap je lagipun Imran yang ajak bu, kan ibu juga yang suruh zahra bagi peluang pada Imran...”

“Kenapa dia tak jemput?”

“Zahra yang nak bawa kereta...”

“Kalau macam tu zahra hati-hati tau, bawa kereta elok-elok...”

“Ibu, dudukan Irfan di bangku tu, ikat pinggang dia...”, kata zahra lalu Pn murni meletakkan Irfan pada tempat duduk bayi di depan.

“Nek tak ikut?”, tiba-tiba Irfan bersuara.

“Tak sayang, nenek nak masak, balik nanti mesti Irfan lapar kan...”, Irfan hanya mengangguk.

“Ibu janganlah risau, kami jalan dulu...”

Lalu kereta zahra keluar dari halaman rumah, hanya doa pn murni mengiringi mereka. Perlahan kereta zahra menyusur jalan. Sekali sekala matanya berpaling ke arah Irfan. Dia hanya tersenyum melihat irfan di sebelahnya. Sebelum sampai ke zoo yang dimaksudkan, zahra berhenti di sebuah bank, dia bercadang mengeluarkan sedikit duit kerana duit tunai dalam dompetnya sudah habis. Dia mendukung irfan dan kemudian mengunci keretanya sebelum bergerak ke arah maybank atm berdekatan.

Selepas mengeluarkan 2 keping rm50, tiba-tiba dia ditahan oleh seorang lelaki yang tak dikenalinya. Mulanya dia tidak menghiraukan permintaan lelaki itu yang mahu dia serahkan dompet yang dipegangnya. Sambil mendukung irfan dia berlalu tetapi tiba-tiba lelaki itu mengeluarkan sepucuk pisau dan menghala ke arahnya. Dia mengugut akan membunuh mereka berdua. Zahra berlari ke arah bertentangan tetapi lelaki itu dapat mengejarnya. Zahra meletakkan irfan di belakangnya, dan mula bertindak jika terpaksa, zahra sebenarnya memegang tali pinggang hitam tetapi dia tidak begitu yakin akan gerakannya kerana dia mendukung irfan.

Kemudian dia meletakkan Irfan di bawah, dia mula mempertahankan diri, dia mengelak pisau yang diacukan kepadanya, namun tiba-tiba irfan menangis rupa-rupanya, ada seorang lagi lelaki berada di belakangnya, dia mendukung irfan. Dia mengugut akan membunuh irfan jika zahra melawan. Zahra tidak tahu lagi apa yang patut dilakukannya, dia mohon agar irfan diserahkan kepadanya dan dia akan menyerahkan dompetnya. Dia takut jika irfan diapa-apakan. Mata zahra melihat kiri kanan berjaga-jaga. Lelaki di kirinya bersetuju tetapi lelaki di kanannya tidak. Selepas beberapa minit kedua lelaki itu bertekak, mereka bersetuju cadangan zahra. Semasa lelaki di kirinya menyerahkan irfan, tiba-tiba lelaki di kanannya menghiris tangan zahra hingga terlepas dompet yang dipegangnya. Tetapi zahra masih kuat mendapatkan irfan lalu lelaki di kanannya berlari diikuti lelaki yang mendukung irfan. Darah mengalir di pergelangan tangan zahra, lalu dia cepat-cepat masuk ke kereta. Dia hanya terfikir mendail nombor Imran saat itu tanpa memperdulikan darah yang mengalir, tangisan irfan semakin kuat. Zahra mengunci diri dalam kereta, darah di tangannya hanya dilap menggunakan tisu. Beberapa minit kemudian Imran sampai.

“Zahra, buka pintu, abang ni jangan takut...”, saat itu juga zahra menangis, sudah lama dia tidak mendapatkan perlindungan dari seorang lelaki, kini baru dia sedar dia memang memerlukan seseorang dalam hidupnya.

“Zahra, jangan takut sayang, abang di sini, apa yang terjadi?”

“Abang, dompet zah dirampas, kad kredit, atm dan ic zah dalam tu...”

“Tak apa, nanti kita buat laporan, sekarang kita kena ke klinik, dekat tu je, balut tangan berdarah ni.”

“Irfan bang...”, lalu Imran mendukung irfan dan mereka berjalan ke arah klinik berdekatan. Semasa zahra menerima rawatan. Imran menelefon maybank untuk membatalkan kad atm zahra begitu juga dengan kad kredit. Kemudian dia menelefon balai polis untuk melaporkan kejadian zahra sebentar tadi.

“Abang..”

“Zah dah ok?”

“Dah, terima kasih bang...”

“Zah, abang dah takut bila zah kata zah diugut, cepat-cepat abang datang...lain kali abang kena selalu dengan zah kalau macam ni...”, zahra memandang Imran, kini dia benar-benar pasti dia memerlukan Imran. Hatinya kini pasti hanya untuk Imran.

“Abang, zah pun nak selalu dengan abang...”

“Maksud zah?”

“Zah tahu abang faham...”

“Zah dah boleh terima abang? Boleh kita jadi keluarga semula?”, zahra hanya mengangguk, saat ketakutan tadi hilang kerana zahra bersetuju mereka menjadi keluarga semula.

“Kalau macam tu, esok juga kita urus untuk rujuk balik, abang janji akan selalu berasa di sisi zah dan tak akan menyakitkan hati zah lagi...”, kata Imran lagi. Irfan yang didukungnya terlelap di bahunya.

“Abang janji tak akan kuat cemburu lagi tau...”, kata zahra pula.

“Sikit tak boleh ke?”, sengaja Imran bertanya, lalu zahra mencubit pinggang Imran manja. Mereka tersenyum. Siapa yang menduga kebahagian akhirnya mereka capai. Begitulah jika jodoh kita panjang, percaya saja pada hati dan tawakal pada Tuhan pasti kita akan mendapat jawapan yang kita inginkan.

Kerana Cemburu I

Hari ini merupakan saat bahagia bagi Zahra, dia akan berkahwin dengan pemuda yang baru dua kali ditemuinya, itupun hanya dari jauh, tetapi dia sudah jatuh cinta pertama dengan pemuda itu. Imran merupakan anak kepada kawan ayahnya, ayahnya banyak terhutang budi pada keluarga Imran. Oleh itu sebagai menghormati dan meneruskan lagi tali persaudaraan, ayahnya bersetuju mereka dikahwinkan itupun kerana permintaan Dato’ Mansur ayah Imran. Mulanya Imran tidak bersetuju berkahwin atas pilihan keluarganya tetapi setelah melihat gambar Zahra dia terus bersetuju.

Zahra yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Akauntan, belum setahun bekerja kini terpaksa berhenti kerana kemahuan Imran sendiri. Dia mahukan seorang isteri yang berada di rumah. Zahra agak hairan tetapi tidak membantah malah merasakan Imran pasti seorang pemuda yang baik. Zahra yang sedang mengelamun terhenti apabila ibunya memanggilnya.

“Apa yang kau fikirkan tu Zah? Mengelamun pula, dah siap ke, pengantin lelaki dah sampai tu..”

Zahra hanya tersenyum lalu bangun mendekati ibunya. Baju pengantin yang dipakainya sedondon dengan pengantin lelaki iaitu biru laut. Dia tersenyum kegembiraan, ibunya juga senyum, dia lebih gembira kerana akhirnya anak sulungnya berkahwin juga. Hanya sekali lafaz, Nurafika Zahra binti Mohd Nordin kini sah menjadi isteri kepada Zafrul Imran bin Dato’ Mansur.

Setelah penat melayan tetamu, Zahra meminta kebenaran daripada keluarganya untuk berehat. Dia rasa sedikit pening mungkin kerana keletihan tetapi apabila memasuki biliknya pening itu terubat. Dia melihat langsirnya dipasang baru berwarna biru laut kegemarannya. Katil yang bercadar juga biru laut banyak dihiasi bunga-bunga dari taman ibunya. Kemudian dia beralih kearah meja soleknya. Rupanya aku kelihatan nampak cantik disolekkan fikir Zahra, dia tersenyum-senyum melihat cermin hingga menampakkan lesung pipit kecil sebelah menyebelah bibir bawahnya.

Zahra bergerak ke atas katil. Baru dia teringat hari ini merupakan malam pertama bagi dia. Dia mula merasa sedikit takut kerana dia tidak mahu begitu awal disentuh. Lagipun dia belum mengenali sangat pemuda yang kini adalah suaminya. Namun sebagai seorang isteri dia harus mengikut kata suaminya. Zahra menunggu kedatangan Imran sehingga dia terlelap sebentar. Kemudian dia terjaga dan terkejut Imran juga berbaring di depannya sambil memandangnya.

“Eh..abang, bila abang masuk, zah minta maaf sebab terlelap, erm...tetamu semua dah balik ke?”, Zahra cepat-cepat bangun dan duduk berhadapan Imran tetapi Imran masih berbaring sambil memandangnya tanpa menjawab soalan Zahra. Dia jadi hairan dengan perlakuan Imran yang tersenyum-senyum.

“Kenapa bang, ada yang tak kena ka? Kenapa abang tenung Zahra macam tu?”, soal Zahra lagi sambil meraba pipinya kalau-kalau ada yang tak kena.

“Tak ada apa-apa, Zahra memang cantik, tak puas abang memandang Zah, erm...pening zah dah ok?”, Tanya Imran sambil memegang dahi Zahra takut-takut dia demam.

“Zah dah ok dah, erm...abang nak...”, Zahra tidak meneruskan niatnya untuk bertanya, dia harap Imran faham akan maksudnya.

“Eh..tak, abang belum puas nak berdua dengan Zahra, lagipun abang nak isteri abang ni cantik sentiasa...”, kata Imran sambil tersenyum.

“Jadi abang tak nak zah macam ni?”, Tanya Zahra lagi sambil tangannya membuat bulatan berdekatan perutnya yang bermaksud mengandung.

“Bukan, tentulah abang nak tapi abang nak fikir yang itu kemudian...”, katanya lalu bangun dan duduk memandang zah lagi.

“Janganlah tenung zah macam tu, zah rasa malu pula...”

“Opps..abang minta maaf, jom tidur, tak sabar nak peluk isteri abang ni lagipun besok abang kena kerja sebab ada meting untuk projek baru abang.”

Zahra mengangguk, dia bangun memastikan pintu berkunci dan menutup lampu kemudian berbaring di sisi Imran. Dia rasa ada kehangatan menusuk kalbunya, lebih-lebih lagi bila Imran mengucup bibirnya terasa kebahagian itu adalah miliknya. Dia harap dia akan kekal bahagia bersama suaminya sampai bila-bila.

Pagi itu Zahra bangun agak lewat dan mendapati suaminya sudah tiada. Mungkin dia sudah pergi pejabat fikirnya. Lalu dia mandi dan bersiap untuk turun ke bawah. Sedang dia menyikat rambutnya dia ternampak secebis nota dari Imran.

“Sayang, jangan lupa berkemas pakaian dan barang-barang, sebab abang nak bawa sayang balik ke rumah kita, tengahari nanti kalau abang tak dapat jemput, abang akan suruh driver kita jemput sayang ok..”

Zahra rasa sedikit sedih sebab belum sehari dia berkahwin dia terpaksa meninggalkan ibu dan ayahnya serta dua lagi adik lelakinya. Namun sebagai isteri dia harus menjalankan tanggungjawabnya di rumah suaminya.

Tengahari itu, dia terdengar bunyi hon kereta di depan rumahnya, pasti itu Imran fikirnya lalu menjenguk di depan pintu tetapi yang keluar adalah pak Hassan, driver Imran. Pasti Imran sibuk katanya sendirian.

“Puan, ada barang-barang yang perlu diangkat?”, pak Hassan bertanya sebaik berdepan dengan Zahra.

“Ada dekat ruang tamu, tolong angkat ye..”, kata Zahra, dia kemudian memeluk ibunya yang ada di sisinya.

“Ibu, rasa berat hati lah nak tinggalkan ibu..”

“Dahlah Zahra tak perlu nangis, ibu faham lagipun kau dah ada suami, kena jaga makan minum, pakaian, dan sakit suami, jangan pula derhaka.”

“Baik, ibu...ayah, minta maaf kalau Zahra dah susahkan ayah terutamanya untuk perkahwinan Zahra.”, kata Zahra sambil mencium tangan ayahnya penuh hormat.

“Budak ni, nak minta maaf pula, ayah gembira sebab Zahra dah bersuami, takdelah ayah susah hati nanti..”, kata ayahnya sambil tersenyum.

“Ah..angah, achik, akak pergi dulu, jaga ibu dan ayah baik-baik tau...”, katanya kepada dua adiknya yang masing-masing berumur 18 dan 20 tahun.

Selepas mengucapkan selamat tinggal, kereta yang dinaiki Zahra mula bergerak ke rumah dua tingkat berwarna putih kepunyaan Imran. Perjalanan mengambil masa hanya sejam untuk sampai.

Zahra memasuki rumah Imran, setiap sudut rumah itu ada lukisan tergantung, semuanya cantik, sofa pula seperti baru, di satu bahagian dalam rumah itu terdapat rak-rak yang menyimpan piala-piala dan banyak gambar tergantung. Sedang dia memerhati setiap gambar itu dia terkejut kerana ada suara dari belakangnya menyapa.

“Puan dah sampai? Nak mak jah sediakan air?”, kata seorang perempuan yang dalam lingkungan 50-an. Mak Jah merupakan pembantu rumah Imran tetapi Imran menganggapnya seperti ibu, Mak jah adalah pengasuhnya sejak dari kecil. Zahra memandang ke arah suara itu dan mengangguk.

“Puan duduklah dulu, mak jah buatkan air ye..”

Kehadiran Zahra menjadi penyeri rumah putih itu, sejak dia ada, Imran selalu balik ke rumah untuk makan. Kalau sebelum ini imran hanya menyuruh mak jah masak jika dia sudah bosan makan di luar. Dalam beberapa minggu dia menjalankan kehidupan sebagai isteri, dia belum nampak sikap Imran sebenar, dia hanya tahu Imran penyayang.

Suatu hari, di petang minggu, semasa Imran dan Zahra sedang duduk di balkoni, handphonenya berdering minta diangkat lalu dia mendapatkan handphonenya di meja solek dan menjawabnya.

Agak lama juga dia menjawab panggilan itu membuatkan Imran rasa curiga. Dia mendekati Zahra lalu mengambil handphone di tangan Zahra dan Zahra terkejut dengan perbuatan suaminya. Suaminya mendengar itu adalah suara lelaki lalu dia menjawab.

“Awak siapa, awak nak apa dari isteri saya?”, Imran meninggi sedikit suaranya.

“Erm..saya...kawan baik Zahra, saya cuma mengucapkan tahniah...”, belum sempat dia menghabiskan kata-kata lalu dia memotong.

“Terima kasih, dah cukup, tak payah lebih-lebih, dia dah jadi isteri saya...”, katanya lalu menutup handphone Zahra dan meletakkan semula di meja solek dan berlalu semula ke balkoni.

Zahra hairan melihat sikap suaminya. Lalu dia mendekatinya.

“Kenapa abang buat macam tu? Dia tu kawan baik Zah, dia selalu tolong Zah sewaktu di kampus dulu...”, Zahra memandang suaminya yang sedang membaca surat khabar.

“Abang, dengar tak, zah tanya ni, kenapa...”

“Abang tak suka zah bercakap lama-lama dengan lelaki, entah dia nak apa kita tak tahu walaupun dia kawan baik Zahra dia mungkin ada niat lain...”, Imran memotong pertanyaan isterinya.

“Tak mungkinlah, zah kenal dia bang, dia tu...”

“Zah, boleh tak zah dengar kata abang? Abang tak suka zah cakap dengan lelaki lain..”, kata Imran agak kasar. Dia menghempas surat khabar di meja lalu pergi ke arah katil. Zahra mengikuti suaminya dia jadi serba salah dan mahu membela diri tetapi ibunya sudah berpesan dia harus mengikut kata suaminya.

“Abang, Zah minta maaf, lain kali zah tak buat lagi, maafkan Zah bang..”, dia memujuk suaminya, dalam hati dia membuat andaian sendiri, pasti suaminya cemburu.

“Janji tak buat lagi k, sebenarnya abang tak mahu zah bercakap dengan lelaki lain, abang rasa zah tak peduli kan abang lagi..”, kata Imran memandang Zah yang duduk didepannya.

“Abang cemburu ye...”, katanya lalu dia ketawa kerana Imran mencuit pinggangnya, Imran jadi malu kerana Zahra tahu sikap cemburunya.

Beberapa bulan selepas itu, Imran membawa isterinya pergi bercuti, dia sebenarnya ada urusan perniagaan yang perlu dibincangkan dengan pelabur dari luar Negara. Mereka mengadakan perjumpaan di sebuah resort pastinya berhampiran pantai. Zahra begitu gembira kerana dibawa bersama, Zahra memang sukakan pantai.

“Abang, boleh tak temankan zah pergi pantai kejap? Tak sabar nak sentuh air laut...”, kata Zahra yang sedang memandang pantai melalui tingkap bilik yang mereka pilih untuk menginap. Sengaja Imran memilih bilik yang berhadapan dengan pantai.

“Abang ada urusan sikitlah sayang, kalau tak sabar juga nak pergi sana, Zahra pergi sendiri ye, nanti abang cari zah dekat sana lagipun sekejap je ni, nak sambut pelabur abang yang dari luar Negara tu, besok baru meting..”, panjang lebar kata-kata Imran sambil membetulkan tali lehernya.

“Mari zah betulkan, nampak senget sikit...”, kata Zahra lalu tangannya dengan lembut membetulkan tali leher Imran berwarna biru gelap. Imran memerhatikan muka Zahra lalu memegang tangan Zahra yang lembut.

“Macam mana nak betulkan tali leher kalau abang pegang tangan Zah?”, Tanya Zahra manja.

“Isteri abang hari ni cantiklah...”, kata Imran lalu mencium tangan Zahra.

“Abang ni suka usik zah, dahlah nanti abang lambat, nah jam tangan zah pakaikan k...”

Selepas mencium dahi isterinya, Imran berlalu menuju ke lobi resort. Selepas sejam dan suaminya belum juga tiba, Zahra bersiap mahu ke pantai. Oleh kerana tidak mahu kulitnya gelap, dia memakai losyen sunblock untuk muka dan tangannya. Dia mencapai cermin gelap sebelum melangkah keluar pintu.

Semasa sedang bermain air, Zahra dikejutkan oleh seorang pemuda yang memakai topi sedang membawa kemra yang disangkutkan dilehernya. Lelaki itu mengambil gambar Zahra yang sedang bermain air membuatkan dia sedikit terkejut.

“Awak nampak comel...”, kata lelaki itu menyebabkan Zahra takut dan mahu beredar dari situ. Tetapi pemuda itu menahannya dari depan.

“Cik tak perlu takut, saya bukan orang jahat, saya cuma nak ambil gambar...”

“Semua orang boleh mengaku bukan orang jahat lagipun awak ambil gambar saya tanpa izin saya..”, kata Zahra lalu mahu memintas lelaki di depannya. Tetapi lelaki itu sekali lagi menahannya.

“Tunggu cik, saya minta maaf sebab itu, saya rasa cik sesuai jadi model saya, siapa nama cik?”

“Saya tak mahu, awak boleh cari orang lain lagipun saya dah kahwin, ketepi saya nak balik ke bilik..”, lelaki itu memandang jari kanan perempuan itu dan ternampak cincin emas bertaktha berlian tersarung di jari manisnya.

“Oh...saya minta maaf, saya tak tahu, erm...boleh saya tahu nama puan?”, lelaki itu tersenyum pada Zahra, nampak kacak juga fikirnya tetapi tidak setampan suaminya.

“Nurafika Zahra, awak boleh panggil Zahra..”, katanya mula menyenangi lelaki tersebut tetapi dia masih takut kerana suamniya pasti marah jika dia bercakap dengan lelaki lain.

“Sedap nama tu, saya Iskandar, jurufoto untuk majalah pelancong, boleh tak kalau saya ambil gambar puan?”

“Saya dah lambat ni, awak cari lah orang lain...”, kata Zahra lalu cuba memintas lagi tetapi lelaki itu masih mahu mengejarnya.

“Tak lama sekejap je, sekali klik, puan boleh pergi tapi saya nak puan senyum, puan nampak cantik..”, kata lelaki itu yang sudah bersedia mahu mengambil gambar tetapi tiba-tiba lelaki itu rebah dipukul seseorang dari belakang. Rupa-rupanya Imran.

“Abang, sakit tangan Zah...”, kata Zahra merayu minta dilepaskan. Dari pantai itu lagi Imran menarik tangan Zah dengan kuat, tidak menghiraukan kata-kata zah yang kesakitan dan tidak juga menghiraukan orang memandang ke arah mereka, dia membawa zah balik ke bilik lalu dilepaskan. Zahra mengosok-gosok pergelangan tangannya yang nampak lebam.

“Kenapa Zahra layan lelaki tu? Kan abang cakap, abang tak suka Zahra layan lelaki lain...”, bentak Imran dengan tajam memandang Zahra.

“Zah tak layan bang, dia yang mengejar zah, dia kata nak ambi gambar zah, zah dah mengelak tapi lelaki itu tahan...”

“Patutlah Zah nak sangat pergi ke pantai, rupanya nak jumpa lelaki lain, zah memang tak tahu malu, dah bersuami nak jumpa lelaki lain...”

“Abang...zah tak macam tu bang, zah minta maaf sebab tak dengar cakap abang tapi bukan maksud zah nak sakitkan hati abang, zah cuma nak ke pantai nak pergi sentuh air, lepas tu tiba-tiba datang lelaki yang langsung zah tak kenal, zah terus nak balik tapi lelaki tu yang...”

“Yang apa? Jangan nak tipu abanglah zah, kalau tak kenal kenapa layan sangat lelaki tu, zah tu isteri abang, isteri kepada Imran anak Dato’ Mansur, abang tak nak nanti orang fikir abang beristerikan perempuan tak tahu malu...”, Imran melepaskan kemarahannya dengan menumbuk cermin meja solek. Nasib baik hanya retak, tangan Imran berdarah terkena serpihan kaca. Zahra terkejut lalu memujuk suaminya.

“Abang, tolong maafkan Zahra, zahrah janji Zahra takan ke mana-mana tanpa abang...”, rayu Zahra memeluk suaminya. Kemudian Zahra memegang tangan Imran dan membawa Imran ke katil. Dia mengelap tangan Imran yang berdarah dengan tisu lalu membalutnya selepas meletak minyak luka yang dibawa Zahra ke mana saja.

“Abang, marah Zahra lagi ka, abang...zahra betul-betul minta maaf..zahra..”, air mata yang ditahan akhirnya mengalir juga ke pipi, dia langsung tak berniat mahu menyakiti suaminya. Kerana belas kasihan dan sayang yang amat dalam, Imran mengesat air mata Zahra, dia mula rasa bersalah.

“Abang minta maaf sayang, abang bukan nak buat zah menangis tapi abang memang tak suka bila zah bercakap dengan lelaki lain.”

Imran memeluk isterinya yang masih mengalirkan air mata. Zahra tahu suaminya sangat sayang padanya dan dia tak salahkan suaminya bersikap seperti itu, dalam hatinya membuat andaian mungkin semua suami akan bersikap seperti itu apabila nampak isterinya bercakap dengan lelaki lain. Dia terlena dalam dakapan Imran.

Selepas kejadian itu, Zahra mula menyedari suaminya seorang yang panas baran dan cemburu yang amat tinggi. Tetapi Zahra tidak begitu ambil kisah selagi suaminya masih sayangkan dia, Zahra pasti akan tetap di sampingnya.

Sebulan selepas balik dari bercuti, zahrah mula rasa pening-pening setiap pagi, makan pun tidak berapa selera, tekak terasa loya dan kalau hendak makan pun Zahra rasa seperti nak muntah. Tengahari itu seperti biasa mak jah menyediakan makanan untuk zahrah, tetapi kali ini zahrah tidak langsung dapat memakannya kerana baunya betul-betul membuatkan zahra nak muntah. Dia berlari ke arah sinki. Mak jah kehairanan, dia menghidu bau makanan yang dimasaknya tapi tiada bau pun yang meloyakan, malah mak jah seperti lapar melihat makanan yag dimasaknya sendiri. Mak jah mula berfikir dan membuat andaian bahawa zahra mungkin sedang mengandung. Dia mendekati zahra.

“Puan sakit? Mak jah rasa puan kena jumpa doktor cepat-cepat..”, kata mak jah sambil mengusap belakanga zahra.

“Tak payahlah mak jah, saya perlu rehat je, minta maaf mak jah saya tak dapat nak makan hari ini, mak jah dan pak hassan makan la, saya naik atas dulu..”, kata Zahra kemudian berlalu ke tingkat atas.

Mak jah hanya memandang zahra berlalu, kemudian berlari anak ke arah pak hassan yang duduk di luar. Dia memberitahu sesuatu kepadanya lalu kereta yang pak hassan bawa keluar dari rumah itu. Sejam kemudian Imran datang menjenguk Zahrah yang sedang tidur.

“Abang, bila abang sampai? Dah lewat ke bang?”, tanya zahra lalu cuba untuk bangun tetapi Imran menahan.

“Mak jah cakap zah sakit, abang datang cepta-cepat takut zah pengsan...”, kata Imran tersenyum seperti hendak bergurau. Zahra juga tersenyum menampakkan lesung pipitnya membuat Imran bertambah senyumnya.

“Abang bawa zah pergi klinik ye...”

“Eh..tak apa la bang, zah tak nak susahkan abang...”

“Kalau tak nak abang susah, kenalah dengar cakap abang...”, mereka tersenyum lagi, Zahrah mencubit manja pinggang Imran. Dia kemudian cuba bangun dibantu Imran.

Sampai di klinik dia menyuruh Zahra duduk sebentar, Imran terus menuju ke kaunter.

“Cik, ada tak doktor perempuan?”

“Ini klinik Dr Murad, tak ada doktor perempuan...”, kata nurse yang menjaga kaunter, dia sedikit berkasar kerana pertanyaan itu difikirnya tidak logik.

“Saya tahulah ini klinik Dr. Murad, tanya pun jawablah baik sikit...”, kata Imran membalas dengan sedikit kemarahan. Kemudian dia terdengar suara dari belakang.

“Assalamualaikum...”

“Waalaikumsalam..”, Imran menolah lalu dia terlopong sebentar.

“Im...saya tak sangka jumpa kau di sini...”, kemudian mereka bersalaman.

“Raz, akhirnya kau jadi doktor juga, dulu saya dengar dari kawan-kawan kita kau sambung belajar doktor selepas ambil ijazah business, betul rupanya kau jadi doktor...”, kata Imran gembira kerana berjumpa dengan kawan sekolejnya.

“Ya tapi masih ada setahun lagi belajar sebelum jadi doktor yang sebenarnya, saya minta praktikal kat sini, klinik pakcik saya...kau datang sini nak buat apa, kau sakit ke?”

“Eh bukanlah, saya bawa isteri saya jumpa doktor, kat sini tak ada doktor perempuan ke?”

“Kau ni, masih lagi perangai lama, tak kan dah beristerikan dia kau takut dikebas orang pula...”, tanya Razlan, dia tahu Imran dulu banyak peminat tapi hanya seorang yang diminatinya, jika ada lelaki lain kacau perempuan yang dia suka pasti diberi amaran.

Imran menumbuk lembut bahu Razlan sambil tersenyum, kemudian dia membawa Razlan berjumpa dengan Zahra. Mereka berkenalan tetapi Zahrah tak berani mahu bersalaman dengannya. Razlan kemudian membawa Zahrah ke bilik rawatan di sebelah bilik Dr Murad. Oleh kerana pakciknya tiada maka Razlan mengambil alih tugas tersebut. Razlan sudah biasa dan tahu tugas-tugas sebagai doktor jadi dia tahu apa yang patut dibuatnya. Tapi baru lima minit mereka berdua di dalam, Imran masuk tanpa mengetuk pintu dan kebetulan dia ternampak Zahra berbaring di katil. Dia menarik Razlan yang berdepan dengan Zahra.

“Kenapa zahra kena baring, kau nak buat sesuatu ke pada dia? Zahra berdiri, abang tak nak nanti dia apa-apakan zahra..”, kata Imran, zahra terkejut.

“Abang, dia cuma nak cek je...”, kata Zahra memaut tangan suaminya lalu berdiri.

“Cek apa? Tak kan Zah suka pula Razlan sentuh zah, zah ni dah melampau lah, hanya abang saja yang boleh sentuh zah...”, suara Imran sedikit meninggi menyebabkan Razlan membela.

“Im, saya hanya menjalankan tugas lagipun saya rasa isteri kau ni mengandung.”

“Mengandung?”, Imran rasa terkejut sebab hanya sekali dia menyentuh Zahra, dan Imran seperti tak percaya baru sekali sudah membuahkan hasil.

“Ya...kalau boleh izinkan saya memeriksa usia kandungannya, jangan risau saya akan meminta nurse yang memegangnya.

Kemudian dia memanggil nurse dan mereka berdua menutup langsir di mana Zahra berbaring. Tidak lama kemudian Razlan membuka langsir dan duduk di mejanya, sementara nurse membantu zahra bangun, Razlan menyuruh Imran duduk.

“Tahniah Im, Zahra mengandung sebulan..”, dia memandang zahra yang seperti pucat lalu menulis sesuatu di kertas.

“Ni kau bawa ke kaunter, nurse akan bagi zahra ubat, saya nampak zahra keletihan, baiklah kau bawa dia balik berehat...”, Imran bangun dan mengucapkan terima kasih, dia tersenyum tanda gembira tetapi dalam hati dia tertanya-tanya betulkah itu anak dia?

Sampai di rumah, zahra terus ke bilik. Imran yang memandu kereta masih berada dalam kereta memikirkan sesuatu. kemudian dia keluar dan terus menuju ke bilik.

“Zah, anak siapa yang zah bawa sekarang?”, zahra terkejut dengan pertanyaan suaminya, dia rasa seperti dihina kerana anak yang dikandungya adalah anak Imran sendiri.

“Abang, ni anak abang, kenapa tanya macam tu, abang tak suka ada anak ke?”

“Bukan tapi...”

“Hanya abang yang pernah sentuh zah, zah tak pernah ingkar kata-kata abang, kenapa pula abang rasa ini bukan anak abang? Zah tak pernah jumpa mana-mana lelaki sebab Zah masih waras lagi, masih tahu dosa bila curang pada suami.”

Panjang lebar Zahra menerangkan, lalu air mata zahra tumpah lagi kerana kata-kata Imran yang menguris hatinya. Imran mula menyesali kata-katanya lalu memeluk isterinya erat.

“Abang minta maaf zah, abang gembira sebab kita akan ada anak tak lama lagi..”, Imran mengucup dahi isterinya. Dia menemani isterinya berbaring sambil tangannya perlahan-lahan menyentuh perut Zahra.

Tiga minggu kemudian iaitu pada sebelah petang, Zahra didatangi oleh seorang tetamu lelaki yang tidak dikenalinya. Dia membawa sebuah beg dan berumur dalam lingkunan 30-an. Dia bertanya pada mak jah siapa lelaki itu tetapi mak jah juga tidak mengenalinya lalu dia menemui juga lelaki itu, Zahra sebenarnya takut jika Imran nampak dia bersama dengan lelaki yang tak dikenalinya tetapi kerana menghormati tetamu dia menegur lelaki itu yang sedang berdiri di ruang tamu.

“Maaf sebab buat encik tertunggu...duduk lah, erm, encik ni siapa, cari suami saya ke?”, tanya zahra lalu duduk berhadapan dengan lelaki tersebut. Belum sempat dia menjawab mak jah datang menghidang air, selepas menuangkan secawan nescafe, dia kembali ke dapur.

“Saya Darwan Ariffin, peguam keluarga Dato’ Mansur. Saya menggantikan ayah saya yang merupakan peguam asal keluarga ini tetapi sejak ayah saya sakit saya menggantikan tempatnya dan mengambil tugas-tugasnya. Saya datang ni atas arahan Dato’ Mansur.”

“O...macam tu, erm..suami saya masih belum balik, dalam sejam lagi mungkin dia akan sampai, kenapa encik tak ke pejabatnya?”

“Saya baru balik dari pejabatnya tapi setiausahanya cakap, dia ada meeting di luar dan akan terus balik ke rumah, jadi saya datang ke rumah sebab saya fikir dia dah balik...”

“Erm...boleh tak saya tahu tujuan En. Darwan datang? Ada apa-apa masalah ke?”

“O..tak ada apa-apa, saya cuma nak dia sahkan saya sebagai peguam keluarganya yang baru, Dato’ Mansur sudahpun tandatangan surat perjanjian ni...”, Lelaki itu menghulurkan fail perjanjian kepada Zahra tetapi zahra menolaknya.

“Tak apa, saya rasa lebih baik biar suami saya saja yang melihatnya, erm...awak nak minum lagi, biar saya tuangkan...”, kata Zahra dan seketika itu juga dia mendengar kereta yang dipandu pak Hassan tiba di depan rumahnya.

Dia cepat-cepat menuangkan minuman untuk lelaki tersebut kerana takut ketibaan suaminya tetapi belum sempat dia meletakkan kembali kaca yang berisi Nescafe itu, Zahra disergah oleh suara Imran menyebabkan kaca itu terlepas dari tangannya. Kaca itu terjatuh di lantai, ini membuatkan mak jah juga datang melihat apa yang berlaku.

“Apa yang kau buat ni? Siapa lelaki ni? Kenapa dia ada dengan Zahra? Apa yang kamu buat waktu abang tiada?”, suara Imran meninggi bertanya pada zahra. Zahra hanya tunduk takut memandang suaminya.

“Hei, apa kau buat dengan isteri aku? Dia bawa kau kemari ke?”

“Eh, tak, saya...saya Darwan...saya ni...”, gementar juga lelaki itu menjawab dan kerana itu Imran memotong.

“O Darwan, jadi kau selalu datang ke mari kacau isteri aku?”

“Abang, dia tu...”, Zahra cuba bersuara tetapi Imran memandang isterinya dengan tajam.

“Dia apa? Kawan baik? Kekasih gelap? Jadi sekarang ni zah dah pandai bawa lelaki datang rumah?”

“Tidak abang, dia tu peguam, dia datang nak jumpa abang...”

“Abang tak percaya, abang tahu zah mesti ada hubungan dengan lelaki ini kan...”

“Abang, tolonglah bang, zah tak curang dengan abang, dia betul peguam...”, Zahra mula merayu pada Imran sambil tangisannya mula kedengaran.

“Ya Imran, jangan salah faham, saya datang nak...”, belum sempat lelaki tersebut menghabiskan kata-katanya Imran memandang dan terus menumbuk lelaki tersebut menyebabkan dia rebah di lantai, mulutnya berdarah, pak hassan terkejut melihat tingkahlaku Imran lalu cuba menenangkan keadaan. Dia cuba menolong lelaki tersebut dan menyuruhnya balik dahulu. Mak jah memandang dari jauh dia tahu sikap panas baran Imran tetapi dia sendiri tidak tahu apa yang perlu dilakukannya.

“Zah, cakap dengan abang, sejak bila zah dah pandai bawa lelaki datang rumah? Kenapa zah sanggup buat benda tak baik dalam rumah abang ni..”, Imran benar-benar marah, dia seperti merasa dirinya dipermainkan tetapi dia tidak tahu dirinya dikuasai oleh cemburu yang tidak bertempat, cemburu buta.

“Apa maksud abang? Zah tak buat apa-apa bang..”, kata zahra dalam tangisannya.

“Yang ini apa? Inilah hasilnya, patutlah abang ragu-ragu ini anak abang rupanya anak orang lain, entah lelaki siapa yang zah dah layan ni...”, marah Imran sambil tangannya menunjuk perut Zahra.

Zahra menampar pipi Imran untuk menyedarkan dia. Zahra mula hilang sabar, sampai hati suaminya menuduhnya bukan-bukan sehinggakan anak dalam kandungannya itu difikirkan anak hasil maksiat. Zahra melangkah bernekad mahu pergi dari rumah milik Imran, kerana baginya tuduhan itu sangat-sangat tidak boleh dimaafkan. Dia tidak sangka suaminya terlalu ego, cemburu yang melampau-lampau. Dia mula mengemas pakaian-pakaiannya dan mula menuruni tangga, tiba-tiba dia dikejutkan oleh Imran.

“Zah nak ke mana ni? Zah, abang bukan bermaksud nak halau zah, maafkan abang zah sebab tak dengar dulu kata-kata zah...”, Imran baru tahu akan perkara sebenar setelah papanya Dato’ Mansur menelefon ke rumahnya. Papanya mendapat tahu mereka bergaduh dari peguamnya sebentar tadi.

“Abang, Zah nak minta cerai dengan abang, zah dah tak tahan lagi, dari awal perkahwinan kita hinggalah hari ini abang selalu tuduh zah yang bukan-bukan, abang ingat zah ni apa perempuan murahan? Zahra tak pernah curang dengan abang malah setiap kata-kata abang, zah ikut, semua kemahuan abang zah ikut tapi ini yang zah dapat bang, kata-kata yang kesat, kata-kata yang menyakitkan hati...”, Zahra menangis semahu-mahunya tetapi dia tetap nekad mahu pergi dari rumah ini.

“Zah, jangan tinggalkan abang zah, abang sayangkan zah, abang cintakan zah sepenuh hati abang, cuma abang tak dapat kawal diri, abang jadi marah bila nampak zah dengan lelaki lain, abang tak suka zah bersama dengan lelaki lain...”, Imran terduduk sambil memeluk kaki Zahra, dia merayu agar Zahra memaafkan.

“Zahra tak tahan dengan perasaan cemburu abang, Zahra bersabar dari awal sebab Zah juga sayangkan abang tapi Zah rasa lebih baik kita berpisah, ceraikan Zah bang, Zahra berjanji takan cari lelaki lain sebagai bukti bahawa Zah setia dan sayangkan abang dan abang boleh lihat anak kita bila-bila masa sahaja jika abang masih mengakui ini anak abang tapi Zah tak mahu tinggal dengan abang.”

“Zah, maafkan abang Zah, maafkan abang...”, kata Imran, suaranya semakin tidak kedengaran kerana menangis, dia melepaskan kaki Zahra sambil tertunduk di lantai, tangannya menumbuk lantai tanda kesal.

“Abang, halalkan makan minum zah dunia hingga akhirat, selamat tinggal sayangku...”, lalu Zahra pergi meninggalkan rumah putih tingkat dua, meninggalkan kenangan pahit manis bersama insan yang dicintainya, pergi dengan sayu dan hiba kerana hati yang sungguh terluka, terluka bukan sahaja kerana sikap Imran tetapi kerana perpisahan yang tak mungkin dia akan tarik balik. Hanya di pintanya agar Imran menemui anak yang dikandungnya suatu hari nanti.

Tamat.