Zahra duduk di luar rumah sambil memandang anaknya, Zarul Irfan yang kini berusia 4 tahun. Anaknya kini menjadi penyeri hidupnya selepas bercerai dengan Zafrul Imran. Sambil memerhatikan anaknya bermain bola, dia teringat kata-kata ibunya.
“Zah, kenapa kau tak rujuk balik dengan Imran? Ibu tengok dia dah banyak berubah, lagipun sampai sekarang dia tak kawin lain, dia pernah cakap dengan ibu dia akan tunggu zah terima dia...”
“Ibu, kan zah cakap, zah tak nak bincang pasal dia...”
“Tapi zah kena fikir tentang Irfan, walaupun sekarang dia tak faham tapi tak lama lagi dia pasti bertanya kenapa ayahnya datang hanya pada hujung minggu...”
Kata-kata itulah yang membuatkan zahrah berfikir. Memang sudah 4 tahun mereka bercerai tetapi Imran tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang ayah. Pernah sekali Imran tidak menjenguk Irfan kerana ‘outstation’ dan Irfan mula bertanya kenapa papanya tidak datang seperti biasa. Dia akui Imran banyak berubah tapi zahra masih takut, masih terbayang-bayangkan sikap panas baran dan cemburu Imran. Setiap kali Imran datang pada hujung minggu menjenguk Irfan, setiap kali itu juga zahra mengelak. Zahra tidak mahu langsung bercakap pada Imran, dia mengurungkan diri di bilik jika Imran datang melawat Irfan.
Empat tahun kehidupannya menjadi ibu tunggal tetapi dia masih bersyukur kerana ibunya selalu menyokong mereka dua beranak. Walaupun ayahnya sudah meninggal dua tahun yang lalu zahra tak pernah menganggap ini nasib malangnya, kerana dia tahu dugaan tetap dugaan. Lagipula zahra kini sudah bekerja di syarikat lamanya yang kebetulan memerlukan pengurus akauntan yang baru. Bukan tidak perah Imran memberikan nafkah tetapi zahrah menolaknya kerana dia tidak mahu terlalu bergantung pada Imran. Zahra cuma berharap agar Imran menjenguk Irfan dan melayan anaknya kerana dia tidak mahu Irfan tidak berbapa. Dia tak pernah pun berfikir akan masa depan tetapi kerana kata-kata ibunya dia mula runsing tetapi dia tidak menjadikan itu masalah utamanya.
Sedang dia memerhatikan Irfan, dia terdengar kereta Imran memasuki halaman rumah keluarganya. Dia tidak sedar pada jam beginilah Imran datang menjenguk Irfan. Seperti biasa Irfan menyambutnya dengan gembira dan berlari mendapatkan papanya. Zahrah cepat-cepat memasuki rumah.
“Ibu, tolong tengok-tengokkan Irfan ya, Zahrah naik atas dulu...”, kata zahra, Pn Murni hanya memerhatikan anaknya menaiki tangga sambil menggelengkan kepalanya. Dia tahu benar sikap anak perempuan sulungnya.
“Imran...”, Pn Murni memanggil Imran yang mendukung Irfan.
“Ya bu...”
“Masuklah dulu, bawa Irfan, ibu buatkan air ni...”
“Ibu, zahra apa khabar?”, tanya Imran setelah duduk bersama Irfan dan pn murni di ruang tamu.
“Dia baik je Im, Im macam mana? Ibu tengok kau dah makin kurus...”
“Im baik je bu, tak adalah kurus, mungkin sebab Im sibuk sebab tu jadi macam ni...”
“Ibu, pernah Ibu tanya zahra pasal Im? Dia masih tak dapat terima Im ka?”, kata Imran lagi selepas meneguk nescafe yang dibuat pn murni.
“Ibu dah pujuk dia, terpulanglah pada Zahra, Ibu minta maaf sebab anak sulung ibu tu degil..”
“Tak apa lah, dia degil pun sebab Im...”
“Minumlah, ibu nak tengok masakan kejap, kalau boleh Imran makan malam di sini ya...”
Imran tidak menjawab, kalau boleh dia memang mahu makan bersama keluarga bekas mertuanya malah jika dijemput untuk bermalam pun dia mahu kerana dia belum pernah tidur bersama anaknya tapi dia tahu pasti zahra tak suka.
“Papa, bila papa nak bawa ifan jalan-jalan?”, Tanya irfan sambil memaut tangan Imran. Irfan dah petah berkata-kata walaupun baru berumur 4 tahun lagipula hanya tinggal beberpa bulan lagi Irfan genap 5 tahun. Wajahnya saling tak tumpah sepertinya cuma matanya sahaja sedikit seperti zahra, ya memang dia silap, suatu masa dulu dia tidak percaya itu anaknya dan dia menyesal hingga sekarang kerana berkata seperti itu.
“Anak papa nak jalan-jalan ke mana?”, kata Imran lalu mendukung anaknya dan meletakkan di pahanya.
“Ifan nak pegi tengok imau...”, Imran tertawa kecil mendengar anaknya menyebut perkataan harimau jadi imau. Dia rasa senang hati sebab Irfan benar-benar sayang padanya.
“Nak gi tengok imau? Takutlah papa, Ifan tak takut?”, Imran sengaja melepaskan suaranya seperti kanak-kanak.
“Tak, imau tak kacau ifan, dia kacau papa je sebab tu papa takutkan...”, kata irfan dia tergelak apabila Imran mencuit pinggang dan badan Irfan. Dari jauh mereka diperhatikan oleh sepasang anak mata, zahra memandang mereka di balik tangga. Dia rasa begitu terharu akan perubahan Imran tapi hatinya belum terbuka untuk menerima Imran. Dia akui dia masih mencintai lelaki itu, tetapi hatinya keras kerana kedegilannya.
Selepas sejam Imran melayan anaknya, dia akhirnya meminta izin pulang, Irfan tahu rutin ayahnya, dia hanya melambai sambil didukung oleh Pn Murni apabila Imran juga melambai. Pn Murni tidak dapat memujuk Imran untuk makan malam bersama, dia juga faham akan penderitaan hati menantu dan anaknya. Imran berlalu meninggalkan rumah keluarga zahra menuju ke rumah keluarganya. Sejak merek bercerai, Imran tidak lagi tinggal di rumah putihnya dua tingkat kerana kenangan pahit pasti menghantuinya.
Pagi itu, selepas bersiap-siap, Zahra meminta izin beredar untuk pergi ke pejabat. Pn Murnilah menjadi peneman anaknya. Adik-adik zahra, angah dan achik jarang ada di rumah kerana masing-masing dengan kehidupan. Angah yang kini berumur 24 tahun sudah bekerja di sebuah syarikat Perkapalan, keinginannya untuk menjadi juruterbang tercapai juga. Achik masih lagi melanjutkan pelajarannya dalam bidang kedoktoran. Masih ada 2 tahun lagi untuk bergelar doktor gigi. Hanya pada cuti mereka sahaja barulah mereka balik dan selalunya Irfan pasti gembira jumpa pak su dan pak ngahnya.
“Zahra, awak dah siapkan laporan kewangan projek baru tu ke?”, tanya Aqila. Zahra yang sedang ligat menaip sesuatu di komputernya memandang aqila di depannya. Aqila merupakan setiausaha Dato’ kassim pengarah mereka.
“Ada sikit lagi, kenapa?”
“Saya nak lah, dato’ nak hari ini juga, kalau awak tak siapkan, pembentangan projek pun tak siaplah.”, kata aqila, yang berumur 25 tahun, dua tahun lebih muda dari zahra.
“Ada sikit lagi ni, mungkin dalam 30 minit lagi siap lah, nanti siap saya bagi awak ok?”
“Jangan lebih dari itu tau, awak yang cakap...”, kata aqila, dia tersenyum lalu beralih ke mejanya.
Sedang dia menyemak laporannya, tiba-tiba En. Izat datang ke mejanya. En. Izat adalah penolong pengarah syarikat. Sudah lama dia menyimpan perasaan pada Zahra dari sebelum dia berkahwin lagi, sekarang selepas bercerai dia masih mengharapkan jika zahra menerimanya. Tetapi zahrah selalu mengelak darinya terutamanya apabila Izat bertanya soal hati dan perasaan.
“Zahra, tengahari nanti kita makan sama, boleh? Saya harap awak tak menolak, sudah tiga kali saya ajak tapi awak selalu menolak...”, tanya Izat, zahra tidak memandang lelaki di depan mejanya.
“Kenapa saya? Aisah kan selalu ajak awak makan, nanti dia kecil hati pula, awak ajak saya.” Sengaja zahra menyebut nama aisah kerana selama ini aisah selalu menemaninya. Dia tahu aisah ada hati dengan Izat tetapi Izat tidak mahu menerimanya kerana zahra.
“Zahra, please lah...saya Cuma nak tahu kenapa awak selalu mengelak saya dan saya juga mahukan kepastian...”, Zahrah mendongak memandang Izat kemudian dia mengangguk.
“Awak setuju?”
“Ya tapi saya tak nak lama sangat...”
“Terima kasih, nanti tengahari kita turun sama-sama k...”, Izat berlalu dengan senyuman di bibir, zahrah mengeluh seperti berhadapan dengan masalah besar, kali ini dia tidak dapat mengelak, dia juga perlu menerangkan perkara sebenar. Selepas menyemak laporannya dia menyerahkan fail laporan pada Aqila.
Tengahari itu, dia berjalan beriringan dengan Izat di sebuah restoran berdekatan. Mereka memesan makanan dan mula berbual soal kerja dan kehidupan, sehinggalah melibatkan soal hati. Semasa mereka sedang makan, ada seseorang memerhatikan mereka, sudah semestinya Imran, dia juga kebetulan berada di restoran tersebut bersama pelabur tetap syarikat ayahnya. Mujur zahrah tidak sedar akan keberadaan Imran jika tidak pasti dia mengelak untuk makan di restoran tersebut.
“Zahra, are you ok? Kenapa tak jawab soalan saya?”, rupanya zahra mengelamun sebentar.
“I’m ok, sorry saya tak dengar soalan awak...”
“Saya tanya kenapa susah sangat awak nak terima saya? Saya tunggu awak lama.”
“Izat, kan saya dah cakap jangan libatkan perbualan kita dengan hati, saya tak suka...”
“Tapi saya nakkan penjelasan sekurang-kurangnya beritahu saya kenapa?”
“Saya tak boleh terima awak sebab Irfan...”
“Irfan?”, soal Izat kehairanan.
“Jadi awak?”
“Izat, saya tahu awak ikhlas nak berkawan dengan saya tapi saya tak boleh terima awak lebih dari itu sebab...”
“Sebab apa?”
“Sebab...saya masih cintakan bekas suami saya, lagipula hati saya belum terbuka untuk terima sesiapa lagi dalam hidup saya, malah suami saya sendiri masih merayu agar kembali pada dia.”
“Jadi selama ini awak tak pernah lupakan dia?”
“Ya saya tak pernah lupa dia dan selalu berdoa agar hati saya lembut untuk dia sebab dia ayah pada anak saya.”
“Kalau macam itu, saya terpaksa mengalah...”
“Izat, saya tak bermaksud menyakitkan hati awak, awak memang baik, tapi saya minta maaf tak dapat terima awak, saya berdoa agar awak menemui seorang wanita yang lebih baik dari saya..”
“Bukan salah awak, tak apa, tapi kita masih kawan kan...”, kata Izat memandang zahra dengan penuh harapan. Zahra hanya mengangguk lalu menghabiskan jus oren yang dipesannya.
Malam itu, zahra memikirkan kata-katanya sendiri. Benarkah dia masih mengharapkan lelaki bernama Imran? Benarkah hatinya mahu berdoa untuk akhirnya dapat menerima Imran? Dia memandang Irfan yang sudah lama dibuai mimpi, dia berhenti menepuk-nepuk punggung Irfan bila dia pasti irfan tidur nyenyak. Dia menutup lampu dan melelapkan matanya.
Hujung minggu itu Imran datang lagi ke rumahnya. Kali ini Imran tidak berseorangan. Dato’ mansur dan Datin Kamariah datang sekali. Mereka begitu merindui cucu lelaki mereka. Oleh kerana bekas mertuanya datang, kali ini zahra tidak dapat mengelak untuk bertembung dengannya. Walaupun mereka bercerai tetapi hubungan antara dia dan mertuanya baik, malah Pn kamariah dan dato’ mansur masih menganggapnya menantu mereka.
“Cucu nenek dah besar rupanya, tengok bang makin lincah dia berlari.” Kata Pn kamariah sebaik turun dari kereta. Irfan yang berlari ke arah pn murni mendukungnya.
“Apa khabar kamariah?”, kata Pn Murni menyambut mereka sambil bersalaman, pn murni tidak lagi kekok memanggil ibu Imran kamariah kerana kemahuan datin kamariah sendiri.
“Baik, murni apa khabar, cucu nenek juga apa khabar?”, kata datin kamariah lalu mendukung Irfan.
“Kami semua sihat, kamariah, dato’ masuklah.”
“Yelah, dah lama tak datang jenguk Irfan, hampir empat bulan, makin lincah pula cucu atuk ni.”, kata Dato’ Mansur sambil merebahkan diri di sofa. Dia memandang gambar arwah Zahid, kawan baiknya, ayah Zahra, gambarnya masih tergantung di dinding.
“Imran duduklah dulu, ibu ke dapur kejap buat air...”, beberapa minit kemudian pn murni membawa dulang berisi air minuman.
“Murni awak ni susah-susah je...”, kata datin kamariah sambil memandang irfan yang masih tidak bersuara.
“Tak apalah kamariah, bukan selalu, jemputlah minum, dato’, Imran minum...”, kata Pn murni lalu meletakkan dulang yang kosong di bawah meja.
“Mana Zahra?”, kata dato’ mansur selepas meneguk air.
“Ada dekat atas, tengah cari fail lama, dia terbawa balik fail pejabatnya.”
“Nek, Atuk...”, kata Irfan tiba-tiba bersuara, dia menunjuk ke arah datin kamariah dan kemudian ke arah dato’ mansur. Mereka tertawa melihat gelagat cucu pertama mereka. Imran juga tersenyum melihat kenakalan Irfan.
“Cucu atuk nakal tak? Kalau nakal atuk tak bagi mainan.” Dato’ Mansur pula mendukung Irfan, dia memberikan bakul yang berisi kereta sederhana besar sesuai untuk Irfan.
“Tak, time kasi tuk..”, kata Irfan lalu dia membawa keretanya ke tengah ruang tamu. Msemua mata memerhatikan Irfan yang bermain kereta.
“Murni, kami sebenarnya nak makan di rumah ni, dah lama kita tak makan sama, saya ada beli beberapa bahan untuk dimasak...”
“Eloklah tu, saya pun ada terfikir macam tu, sekali-sekala, kita makan sama seronok juga...”, kata Murni lalu dia dan datin membawa bahan tersebut ke dapur. Zahra yang menuruni tangga terus ke dapur.
“Mak apa khabar?” zahra bersalaman dengan ibu mertuanya sambil memeluknya.
“Baik, dah lama mak tak jumpa zahra, makin jelita pula mak tengok...”
“Mak ni, ada-ada je, mak dan ibu masak apa?”
“Masak untuk makan malam nanti, zahra pergilah ke depan, tak payah susah tolong ibu dan mak...”, kata pn murni pula. Zahrah melangkah ke sofa di mana ayah Imran duduk sambil memandang ke arah Irfan.
“Baik, zahra apa khabar?”
“Sihat, ayah belikan mainan lagi ke tuk irfan?”, tanya zahra memerhatikan irfan. Imran dari tadi mengharapkan zahra bercakap dengannya tetapi dia akur kalau zahra tidak mahu langsung memandangnya.
“Ya, seronok ayah tengok irfan ni, dapat mainan je main, macam tulah Imran kecil dulu, Irfan dan Imran ni memang nampak serupa.”, kata dato’ mansur tersenyum, mereka terdiam sebentar sambil memerhatikan irfan.
“Atuk...mainlah ngan ifan...”, kata irfan memanggil atuknya. Dato’ mansur berjalan ke arah Irfan. Zahra memerhatikan mereka berdua, Imran masih belum disapanya, dia seperti menyedari Irfan sengaja memanggil atuknya, dia tersenyum sendiri, mana mungkin anakku tau tentang kami, katanya dalam hati.
“Zah, boleh kita bercakap?”, akhirnya Imran bersuara.
“Cakap apa?”, kata zahra tidak memandangnya.
“Kita cakap di luar boleh?”, kata Imran. Zahra tidak mengiya, tidak juga menidak, dia terus berlalu meninggalkan Imran, dia mengambil tempat di mana dia selalu duduk apabila irfan bermain bola.
“Zah, dah empat tahun berlalu, zah masih tak dapat maafkan abang?”, kata Imran memandang zahra kemudian dia duduk berhadapannya. Zahra yang tunduk memandang Imran kemudian mengalih pandangan ke arah lain.
“Zah, abang merayu pada zah, tolong terima abang balik, abang tahu zah masih sayangkan abang kan...”
“Tak, zah dah tak ada hati pada abang...”, kata zahra berbohong.
“Zah, abang betul-betul menyesal, abang memang patut dihukum tapi tak cukup ka 4 tahun kita berpisah?”
“Abang, zah tak nak cakap pasal ni lagi boleh tak?”
“Kenapa? Zah dah ada orang lain? Abang nampak zah makan dengan lelaki lain, abang tahu abang dah tak ada hak pada zah tapi...”
“Tapi apa? Sebab abang cemburu? Mungkin 4 tahun tu tak cukup lagi untuk abang sedarkan, zah pun terseksa 4 tahun bang, zah memang tunggu abang berubah, tapi nampaknya hati zah betul, zah belum dapat terima abang...”, kata zahra berlalu tetapi Imran sempat menarik tangan zahra.
“Zah, maafkan abang, abang tak sepatutnya ungkit perkara lama..”
“Dah lah bang, zahra nak masuk...”, kata zahra lalu menarik tangannya minta dilepaskan, Imran melepaskan tangan zahra.
Zahra mendapatkan mak dan ibunya di dapur, Irfan masih lagi bermain dengan dato’ mansur. Imran mula memikir panjang bagaimana untuk dia menghilangkan rasa cemburunya. Kemudian dia teringat akan seorang kawan lamanya yang juga seorang ustaz, mungkin jalan terakhir adalah dia meminta kaunseling darinya. Malam itu mereka semua makan bersama. Lauk yang dimasak pun agak banyak. Sekali sekala mereka berbual-bual akan soal kerja dan perkara lain. Sesekali Imran memandang ke arah zahra tetapi zahra buat tak tahu. Selepas makan mereka berehat sebentar sebelum balik. Sempat juga Imran menidurkan irfan, mungkin keletihan bermain, Irfan cepat terlena. Saat dia melihat Irfan, zahra terfikir akan kata-kata Datin kamariah sebentar tadi.
“Zah, mak minta maaf kalau masuk campur akan hal zah, tapi ini permintaan dari mak, kalau boleh, janganlah zah terus macam ni, mak tahu betapa zah terseksa tapi mak juga tahu zah perlukan seseorang untuk sama-sama membesarkan, sekurang-kurangnya fikirkan tentang Irfan..”
Kemudian perlahan-lahan dia membentangkan sejadahnya selepas dia mengambil air sembahyang. Dia berdoa kepada agar pintu hatinya terbuka, agar dia diberikan kekuatan dan kesabaran, agar cintanya untuk Imran masih ada.
Petang itu dia menerima panggilan dari Imran yang mengajaknya berjumpa di pantai. Zahra pada mulanya menolak tetapi kerana Imran merayu dia pergi juga.
“Kenapa abang bawa jumpa zah di sini, bukankah abang benci lihat pantai?”, kata Zahra selepas masing-masing mendiamkan diri hampir sepuluh minit.
“Abang nak mula sekali lagi itupun kalau zah bagi abang peluang...”, kata Imran, zahra sedikit pelik dengan sikap Imran.
“Kenapa dengan abang ni?”
“Abang dah jumpa kawan abang yang ustaz tu, dia banyak bagi abang nasihat dan dorongan, abang banyak minta kaunseling dari dia.”
“Jadi apa kaitan dengan zah?”
“Sebab zahlah abang nak berubah, abang nak kita keluar selalu dan bercinta seperti baru kenal...”
“Tapi...”
“Zah, abang masih sayangkan zah, tolonglah bagi abang peluang...”
“Zah takut bang, takut kalau abang berubah lagi...”
“Sebab itu abang perlukan zah agar abang berubah, zah tegur abang jika abang buat salah, abang janji tak akan meninggikan suara pada zah lagi...”, zah tidak terus menjawab. Hanya keluhan yang kedengaran darinya. Dia memandang pantai yang luas terbentang. Imran hanya memerhatikannya.
“Baiklah, zah bagi peluang...”, kata zahra selepas mendiamkan diri agak lama. Dia berdoa agar tindakannya memberikan Imran peluang kedua adalah betul.
“Betul zah? Terima kasih zah...”, baru beberapa minit mereka keluar, telefon zah berbunyi minta diangkat. Zahrah sedikit menjauh lalu menjawab telefon. Imran hanya memandang dengan penuh tanda tanya.
“Siapa telefon zah, lelaki ke perempuan?”
“Belum seminit zah bagi peluang abang dah tanya zah bukan-bukan, kata nak berubah...”
“Ok..ok sori...”
“Mak yang telefon, dia kata susu Irfan dah habis, dia suruh beli...”
“Oh...”
“Kan baik abang tanya dulu dan dengar penjelasan zah...”
“Ya abang salah, lain kali kita bawa Irfan keluar sekali...”
Agak lama juga mereka berbual-bual. Zahra perasan perubahan Imran, adakah ini bermaksud dia mula menyenangi Imran? Adakah pintu hatinya untuk Imran mula terbuka? Apa pun Zahra bersyukur kerana memang saat ini ditunggu olehnya.
Hujung minggu selalunya Imran datang ke rumah zahra menjenguk Irfan. Kali ini Imran mengajak zahra keluar bersama Irfan. Mulanya Imran mahu menjemput mereka dari rumah tapi zahra berkeras mahu memandu saja ke tempat yang dimaksudkan. Irfan begitu seronok bila dapat keluar lebih-lebih lagi bila dia tahu papanya ikut sekali.
“Zahra, betul ke kau nak keluar ni, ibu rasa tak sedap hati pula...”, kata pn murni mengiringi zahra sambil mendukung Irfan.
“Ibu ni, kami keluar kejap je lagipun Imran yang ajak bu, kan ibu juga yang suruh zahra bagi peluang pada Imran...”
“Kenapa dia tak jemput?”
“Zahra yang nak bawa kereta...”
“Kalau macam tu zahra hati-hati tau, bawa kereta elok-elok...”
“Ibu, dudukan Irfan di bangku tu, ikat pinggang dia...”, kata zahra lalu Pn murni meletakkan Irfan pada tempat duduk bayi di depan.
“Nek tak ikut?”, tiba-tiba Irfan bersuara.
“Tak sayang, nenek nak masak, balik nanti mesti Irfan lapar kan...”, Irfan hanya mengangguk.
“Ibu janganlah risau, kami jalan dulu...”
Lalu kereta zahra keluar dari halaman rumah, hanya doa pn murni mengiringi mereka. Perlahan kereta zahra menyusur jalan. Sekali sekala matanya berpaling ke arah Irfan. Dia hanya tersenyum melihat irfan di sebelahnya. Sebelum sampai ke zoo yang dimaksudkan, zahra berhenti di sebuah bank, dia bercadang mengeluarkan sedikit duit kerana duit tunai dalam dompetnya sudah habis. Dia mendukung irfan dan kemudian mengunci keretanya sebelum bergerak ke arah maybank atm berdekatan.
Selepas mengeluarkan 2 keping rm50, tiba-tiba dia ditahan oleh seorang lelaki yang tak dikenalinya. Mulanya dia tidak menghiraukan permintaan lelaki itu yang mahu dia serahkan dompet yang dipegangnya. Sambil mendukung irfan dia berlalu tetapi tiba-tiba lelaki itu mengeluarkan sepucuk pisau dan menghala ke arahnya. Dia mengugut akan membunuh mereka berdua. Zahra berlari ke arah bertentangan tetapi lelaki itu dapat mengejarnya. Zahra meletakkan irfan di belakangnya, dan mula bertindak jika terpaksa, zahra sebenarnya memegang tali pinggang hitam tetapi dia tidak begitu yakin akan gerakannya kerana dia mendukung irfan.
Kemudian dia meletakkan Irfan di bawah, dia mula mempertahankan diri, dia mengelak pisau yang diacukan kepadanya, namun tiba-tiba irfan menangis rupa-rupanya, ada seorang lagi lelaki berada di belakangnya, dia mendukung irfan. Dia mengugut akan membunuh irfan jika zahra melawan. Zahra tidak tahu lagi apa yang patut dilakukannya, dia mohon agar irfan diserahkan kepadanya dan dia akan menyerahkan dompetnya. Dia takut jika irfan diapa-apakan. Mata zahra melihat kiri kanan berjaga-jaga. Lelaki di kirinya bersetuju tetapi lelaki di kanannya tidak. Selepas beberapa minit kedua lelaki itu bertekak, mereka bersetuju cadangan zahra. Semasa lelaki di kirinya menyerahkan irfan, tiba-tiba lelaki di kanannya menghiris tangan zahra hingga terlepas dompet yang dipegangnya. Tetapi zahra masih kuat mendapatkan irfan lalu lelaki di kanannya berlari diikuti lelaki yang mendukung irfan. Darah mengalir di pergelangan tangan zahra, lalu dia cepat-cepat masuk ke kereta. Dia hanya terfikir mendail nombor Imran saat itu tanpa memperdulikan darah yang mengalir, tangisan irfan semakin kuat. Zahra mengunci diri dalam kereta, darah di tangannya hanya dilap menggunakan tisu. Beberapa minit kemudian Imran sampai.
“Zahra, buka pintu, abang ni jangan takut...”, saat itu juga zahra menangis, sudah lama dia tidak mendapatkan perlindungan dari seorang lelaki, kini baru dia sedar dia memang memerlukan seseorang dalam hidupnya.
“Zahra, jangan takut sayang, abang di sini, apa yang terjadi?”
“Abang, dompet zah dirampas, kad kredit, atm dan ic zah dalam tu...”
“Tak apa, nanti kita buat laporan, sekarang kita kena ke klinik, dekat tu je, balut tangan berdarah ni.”
“Irfan bang...”, lalu Imran mendukung irfan dan mereka berjalan ke arah klinik berdekatan. Semasa zahra menerima rawatan. Imran menelefon maybank untuk membatalkan kad atm zahra begitu juga dengan kad kredit. Kemudian dia menelefon balai polis untuk melaporkan kejadian zahra sebentar tadi.
“Abang..”
“Zah dah ok?”
“Dah, terima kasih bang...”
“Zah, abang dah takut bila zah kata zah diugut, cepat-cepat abang datang...lain kali abang kena selalu dengan zah kalau macam ni...”, zahra memandang Imran, kini dia benar-benar pasti dia memerlukan Imran. Hatinya kini pasti hanya untuk Imran.
“Abang, zah pun nak selalu dengan abang...”
“Maksud zah?”
“Zah tahu abang faham...”
“Zah dah boleh terima abang? Boleh kita jadi keluarga semula?”, zahra hanya mengangguk, saat ketakutan tadi hilang kerana zahra bersetuju mereka menjadi keluarga semula.
“Kalau macam tu, esok juga kita urus untuk rujuk balik, abang janji akan selalu berasa di sisi zah dan tak akan menyakitkan hati zah lagi...”, kata Imran lagi. Irfan yang didukungnya terlelap di bahunya.
“Abang janji tak akan kuat cemburu lagi tau...”, kata zahra pula.
“Sikit tak boleh ke?”, sengaja Imran bertanya, lalu zahra mencubit pinggang Imran manja. Mereka tersenyum. Siapa yang menduga kebahagian akhirnya mereka capai. Begitulah jika jodoh kita panjang, percaya saja pada hati dan tawakal pada Tuhan pasti kita akan mendapat jawapan yang kita inginkan.